Monday, 5 May 2014
Monday, 28 April 2014
Thursday, 24 April 2014
Wednesday, 23 April 2014
Monday, 14 April 2014
Friday, 28 March 2014
Thursday, 13 March 2014
Friday, 7 March 2014
SANG KANCIL DAN SANG GAJAH
Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.
Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir, "Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini."
Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa. Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.
"Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah ni!" Tiba-tiba Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.
Kemudian Sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil, "Eh sang kancil, tengah buat apa?" Tanya si Gajah.
"Menyelamatkan diri!" Jawab Sang Kancil.
"Dari apa?" Tanya gajah lagi.
"Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam." Balas sang kancil.
Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat. "Habis tu macam mana nak selamatkan diri?" Tanya si gajah.
"Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini."
Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.
"Haha, padan muka engkau, selamat aku." Kemudian sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi.
Saturday, 1 March 2014
ARNAB BERLUMBA DENGAN KURA-KURA
Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar. Arnab
ternampak kura-kura.
Kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan.
"Ha! Ha! Ha!" arnab ketawa.
"Kura-kura
berjalan sangat perlahan," kata arnab dalam hatinya.
Arnab segera pergi berjumpa kura-kura.
"Wahai
kura-kura, mahukah engkau berlumba lari denganku?" arnab bertanya.
"Satu, dua, tiga!" arnab membilang.
Perlumbaan pun bermula. Arnab berlari kencang. Kura-kura merangkak perlahan.
Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah
sebatang pokok.
Kemudian, arnab tertidur. Kura-kura terus merangkak. Akhirnya,
kura-kura sampai di garisan penamat.
Arnab terjaga daripada tidurnya. Arnab terus
berlari kencang. Tetapi kura-kura sudah berada
di garisan penamat. Arnab kalah dalam perlumbaan itu. Arnab berasa malu.

Thursday, 27 February 2014
ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG
Pada suatu hari seekor anjing terjumpa dengan tulang yang besar. Anjing itu berasa amat gembira lalu berlari-lari pulang ke rumahnya sambil menggongong tulang itu.
Di dalam perjalanan, anjing melalui sebuha titi pada sungai yang dalam dan jernih. Anjing memandang ke arah sungai. Apabila anjing memandang ke arah sungai tersebut, terdapat bayang-bayang yang dijangkakan anjing lain yang turut membawa tulang.
Kerana tamakkan tulang tersebut, anjing itu menyalak dan menerkam ke arah anjing di dalam sungai. Akibatnya, anjing itu basah kuyup dan tulang di dalam mulutnya terlepas ke dasar sungai.
Anjing menyesal kerana terlalu tamak, akibatnya di yang rugi.

SANG KANCIL DAN SANG BUAYA
Alkisah.....
Pada suatu hari, Sang Kancil berjalan sendirian di dalam hutan. Tiba-tiba, dia ternampak akan pepohon buah-buahan yang rimbun merendang di seberang sungai.
"Wahh, alangkah nikmatnya jika aku dapat merasai buah-buahan itu", fikirnya sendiri "Tetapi, bagaimana aku hendak menyeberang ke sana, aku bukannya pandai berenang", Sang Kancil berasa ragu.
Setelah mundar mandir memikirkan cara untuk menyeberangi sungai itu, Sang Kancil terfikir sesuatu cara yang bijak. "Mujurlah aku dikurniakan akal yang cerdik", katanya sendirian sambil berlari ke tebing sungai untuk menjalankan misinya.
"Sang Buayaaa!!!, ooo, Sang Buayaaa!!", panggil Sang Kancil.
Tidak lama kemudian, muncul ketua buaya-buaya di sungai itu. Dengan bengisnya dia berkata "Apa kau mahu Kancil?", sambil matanya meliar memerhatikan tubuh Sang Kancil "Alangkah enaknya kalau diratah kancil ni", fikirnya yang sedang kelaparan itu.
"Oh, begini, Raja Sulaiman menitahkan aku untuk menghitung berapa banyak buaya yang ada di sungai ini. Baginda mahu menjemput kalian ke kendurinya", mulalah Sang Kancil menjalankan tipu helahnya.
"Benarkah begitu?", serta merta nafsu lapar Sang Buaya mula menguasai diri dan dengan pantas dia memanggil anak buahnya
Maka datanglah gerombolan buaya mengikut arahan tuan mereka.
"Jadi Sang Kancil, kau tunggu apa lagi? cepatlah hitung bilangan kami sekarang!", kata Sang Buaya kepada Sang Kancil.
"Hahaha, siap kau Buaya, mudahnya kau kena tipu dengan aku", kata sang Kancil dalam hati.
"Sabar Sang Buaya, aku fikir lebih baik jika kamu semua beratur hingga ke hujung sana. Lebih mudah untuk aku kira kamu semua", ujarnya.
Tanpa berfikir panjang, Sang Buaya mengarahkan anak buahnya untuk menurut cadangan Sang Kancil tadi. Selesai mereka beratur, mulalah Sang Kancil melompat ke atas buaya yang pertama.
"Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk", hitung Sang Kancil
Tiba sahaja di tebing sebelah sana, Sang Buaya bertanya, "Jadi bila kami boleh pergi ke kenduri Raja Sulaiman, Kancil??",
"Ada 30 ekor buaya yang bodoh di dalam sungai ini. Maaf Sang Buaya, sebenarnya tiada kenduri Raja Sulaiman, aku cuma mahu menikmati buah-buahan di sini. Hahaha, terima kasih Sang Buaya !!", kata sang Kancil dalam nada mengejek.
Sambil buaya-buaya lain mengerumuni Sang Buaya yang sedang keliru atas penipuan Sang Kancil, mereka bertanya,
"Jadi tak adalah makan", kata buaya yang pertama
"Kita semua dah kena tipu", kata buaya kedua
"Ini semua kau punya pasal", kata buaya ketiga sambil menyalahkan Sang Buaya. "Serang!!!", serentak mereka menjerit.
Lalu berlarilah Sang Buaya kerana dikejar anak-anak buahnya yang sedang marah. Manakala, Sang Kancil dengan asyiknya menikmati buah-buahan itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)